Disk Drill merupakan New Handy Recovery

Kehilangan data, sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan pengguna komputer berasa terdesak dan tidak selesa, kini tidak perlu sedemikian lagi. Dengan adanya Disk Drill bagi Windows, data boleh dipulihkan secara cepat, mudah dan lengkap. Dan apabila kita mengatakan data, kami maksudkan semua jenis data – dokumen, muzik, video, gambar, dan sebagainya.

Sedang mencari perisian bagi Handy Recovery? Disk Drill adalah lebih cepat dan baru, amat serasi dengan Windows 10.

Diskaun yang mempunyai masa terhad bagi pengguna Handy Recovery: dapatkan Disk Drill PRO edisi Windows dengan 50% DISKAUN!

Versi percuma memulihkan sehingga 500MB data

Disk Drill sebagai Perisian Handy Recovery bagi Semua Versi Windows
  • Cari dan Pulih

    Imbasan yang amat pantas sekali dan pemulihan Tong Kitaran Semula
  • Algoritma berkedudukan tertinggi

    Quick Scan, Deep Scan, Lost Partition Recovery dan banyak lagi algoritma termasuk yang terkini. Ketepatan yang belum pernah disaksikan.
  • Apa-apa Cakera Dipulihkan

    Semua sistem fail disokong: NTFS (NTFS5, EFS), FAT (FAT16, FAT32, FAT64), ExFAT, EXT4 dan sebagainya. Apa-apa peranti storan yang tidak rosak.

Penyelesaian Perisian Pemulihan Data Lengkap

Bilangan tugas yang biasanya dilakukan oleh seseorang di komputer semakin banyak. Maka, peranti storan dalaman dan luaran adalah diisikan dengan amaun data yang tinggi serta format-format fail yang pelbagai. Banyak perisian pemulihan fail serta penyelesaian pengurusan data yang ketinggalan zaman dan tidak cekap gagal menangani reality ini, dan apa yang dihasilkan adalah biasa sahaja. Disk Drill Windows merupakan app pemulihan data yang menyeluruh bagi memulihkan semua format fail yang biasa digunakan dari peranti storan dalaman dan luaran, seperti pemacu USB, cakera keras, SSD dan kad memori.
  • Semua Versi Windows: Disk Drill bagi Windows bukan hanya berfungsi bagi sistem operasi versi Window terkini – ia berfungsi bagi semua! Microsoft mungkin tidak lagi menyokong Windows XP, tetapi kami masih berbuat demikian untuk Windows Vista, Windows 7, Windows 8, dan Windows 10.
  • Lebih dari 300 Format Fail: Disk Drill bagi Windows boleh mengenalpasti dan memulihkan lebih dari 300 format fail berbeza. Ini melingkupi hampir setiap fail yang wujud yang biasa digunakan, memastikan tugasan anda tidak akan hilang lagi tidak kira mana app yang anda gunakan.
  • Keputusan Terjamin: Disk Drill bagi Windows berfungsi sungguh baik sehingga kami boleh memberi tawaran percuma. Keputusannya merupakan buktinya, dan beratus ribuan pelanggan profesional telah pun upgrade dari versi Percuma ke versi Pro.

Algoritma Pemulihan bagi Setiap Keadaan

Bukan semua scenario pemulihan data adalah sama. Kadang-kala, anda perlu memulihkan satu fail biasa yang baru sahaja terpadam dari suatu lokasi yang diketahui. Ada juga situasi di mana anda perlu memulihkan sebilangan fail di mana lokasinya tidak diketahui, dan anda tidak tahu apa jenis-jenis fail yang anda sedang pulihkan. Jika anda fikirkan, adalah tidak masuk akal kalau menggunakan kaedah pemulihan data yang sama bagi kedua-dua kes ini.
Bagi senario pertama, adalah sesuai menggunakan algoritma pemulihan data cepat yang hanya mengambil masa beberapa saat untuk mengimbas peranti storan terpilih, dan bukan sebaliknya mengambil masa beberapa minute bagi mengimbas semua peranti storan yang telah disambungkan kepadanya. Algoritma Quick Scan Disk Drill amat sesuai melakukan tugas ini. Dengan menggunakannya, anda boleh hampir secara segera memulihkan fail yang baru terpadam dan kembali seperti yang sebelumnya.

Senario pemullihan data kedua memerlukan satu kaedah yang lebih terperinci, iaitu yang menggali mendalam untuk membina semula fail-fail hilang berdasarkan struktur binary mereka. Disk Drill bagi Windows datang bersama Deep Scan yang boleh mengenalpasti lebih dari 200 format fail tandatangan digital dan memulihkan fail terpadam sungguh pun selepas mengosongkan Tong Kitaran Semula.

Seperti kehebatan kombinasi algoritma pemulihan data Quick Scan dan Deep Scan, kehebatan Disk Drill melangkah lebih jauh lagi. Setengah fail dan folder adalah terlalu penting untuk mengalami risiko kehilangan walau pun adanya satu penyelesaian perisian pemulihan data yang sehebat Disk Drill bagi Windows. Bagi melindungi data berharga ini, Disk Drill datang bersama satu ciri yang dikenali sebagai Peti Besi Pemulihan.

Peti Besi Pemulihan, seperti namanya, merupakan satu peti besi digital untuk data anda. Apa-apa yang anda letakkan di dalamnya akan dilindungi secara automatic dari pemadaman tidak sengaja. Disk Drill akan menyimpan kandungan sandaran Peti Besi Pemulihan, ia membolehkian anda memulihkan fail dan folder daripadanya dalam masa beberapa saat sahaja. Tidak seperti sandaran manual, metadata fail terpadam adalah disandarkan sebaik sahaja fail yang berkenaan dipadam, menjadikan pemulihan fail itu lebih kalis peluru.

Pemulihan Fail Terpadam Disempurnakan

Kami amat percayai bahawa masalah yang kompleks memerlukan penyelesaian yang menyeluruh. Penyeluruhan tidak semestinya bermakna kerumitan – ia sebenarnya agak bertentangan seperti dalam kes Disk Drill bagi Windows – tetapi ia sentiasa bermakna kebolehan menangani masalah dari pelbagai sudut.

Kehilangan data mungkin terjadi secara rawak, ia mungkin menyebabkan jangkitan malware, atau ia mungkin satu tanda kegagalan peranti storan. Kehilangan data mungkin kecil, atau ia mungkin amat menghancurkan dari segi skopnya. Kehilangan data mungkin berlaku dalam cakera sistem utama semasa anda duduk di depan komputer berkenaan, atau ia mungkin berlaku di dalam kad memori kamera digital anda.
Senario menyelesaikan setiap kehilangan data yang ada dengan satu perisian penyelesaian tunggal adalah mencabar, tetapi Disk Drill bagi Window telah berjaya.

  • Pilihan Pemulihan Data: Disk Drill datang bersama kaedah pemulihan data yang betul bagi setiap keadaan. Anda boleh menjunam mendalam ke tetapannya dan mengawal proses pemulihan data dengan amat baik sekali, atau anda boleh membenarkan Disk Drill menangani segalanya untuk anda.
  • Sokongan Peranti Storan Luas: Tiada peranti storan yang sempurna. Tidak mengetahui peranti storan mana yang mungkin dijejaskan oleh kehilangan data bermakna anda perlu bersedia untuk memulihkan fail-fail dari peranti storan yang biasa digunakan – ini bukan satu masalah untuk Disk Drill.
  • Fungsi Sandaran: Apabila peranti storan mula rosak, kadang-kala ia adalah lebih baik untuk membiarkan pemulihan data ke kemudian dan sebaliknya fokus pada sandaran data. Disk Drill boleh buat sandaran bagi volume serta partisyen kepada imej ISO dan DMG.
  • Handy Data Recovery: Disk Drill bagi Windows memberikan anda kawalan. Anda boleh jeda dan mula semula proses pemulihan data apabila diperlukan, dan jika anda ingin, anda boleh memilih algoritma pemulihan data yang mana untuk digunakan.
  • Antara Muka Moden bagi Pengguna: Reka bentuk moden bukan sahaja berkaitan dengan grafik cantik dan ikon berwarna-warni – ia juga berkaitan dengan penggunaan serta penemuan yang sangat baik. Terima kasih kepada antara muka moden bagi pengguna, adalah mudah untuk mempelajari bagaimana menggunakan semua ciri-ciri tanpa perlu membaca buku panduan. Perisian ini juga nampak cantik.
  • Versi Percuma: Walau pun anda boleh mencuba perisian ini secara percuma sebelum membelinya, ia tidak harus diambil kesempatan begitu sahaja. Sungguh pun sistem operasi Windows adalah sangat diseragamkan, komponen perkakasan yang tidak seragam serta aplikasi pihak ketiga mungkin menjejaskan keserasian dengan penyelesaian pemulihan data seperti Disk Drill. Muat turun versi percubaan percuma Disk Drill dan lihat bagaimana ia berfungsi di sistem anda – anda boleh memulihkan sehingga ssebanyak 500MB data secara percuma!


Disk Drill Lawan Handy Recovery

Handy Recovery merupakan penyelesaian perisian pemulihan cakera keras yang mempunyai beberapa ciri-ciri, tetapi bukan semuanya, dengan Disk Drill bagi Window.

Handy Recovery menyokong sistem fail FAT, NTFS, dan HFS; ia boleh memulihkan fail dari cakera keras dalaman serta pemacu USB luaran dan kad memori; ia boleh memulihkan fail walaupun ia telah dipadamkan dari Tong Kitaran Semula; seperti Disk Drill; ia berfungsi di semua versi sistem operasi Windows dari Windows XP ke atas.
Tetapi jika persamaan ini diketepikan, Handy Recovery tiada bandingan dengan skop ciri-ciri yang ditawarkan oleh Disk Drill, serta juga tiada bandingan dengan antara muka bagi pengguna dan rekabentuk Disk Drill yang lebih baik. Jika kedua-dua penyelesaian pemulihan data dibandingkan bersama, adalah nyata bahawa terdapat satu jurang generasi di antara mereka.

Handy Recovery merupakan satu penyelesaian pemulihan data sejak masa di mana komputer dikaitkan dengan geek dan ahli profesional IT yang murah. Para pengguna dikehendaki mengetahui perkara yang sepatutnya tidak membimbangkan mereka dan reka bentuk ketinggalan zaman yang tidak menghasilkan keyakinan. Handy Recovery juga tidak menyokong sebanyak sistem fail seperti Disk Drill, dan ia terhad kepada satu algoritma pemulihan data yang tunggal.

Sebaliknya, Disk Drill merupakan contoh bagaimana perisian yang moden adalah mesra pengguna. Disk Drill menggunakan Bahasa yang tidak memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan IT yang mendalam untuk memahaminya, tetapi ia masih boleh melakukan semua yang tidak boleh dilakukan oleh alat pemulihan data lain yang tidak mudah didapati. Disk Drill memaparkan algoritma pemulihan data yang betul bagi setiap keadaan, dan ia menyokong lebih dari 300 format fail dan boleh digunakan untuk hampir semua peranti storan yang biasa digunakan. Tambahan lagi, ia datang bersama satu bilangan alat yang percuma demi membantu anda menyusun data anda dengan lebih baik, melindungi kehilangan data, dan menghasilkan sandaran yang baik dengan mudah.



Tetapi apa yang mungkin paling penting ialah Disk Drill mengeluarkan kerumitan dalam pemulihan data. Dengan butang tandatangannya iaitu Recover, ia hanya memerlukan satu klik untuk memulihkan semua fail dan folder yang telah hilang. Tidak perlu lagi membaca buku panduan yang membosankan, tidak perlu berlawan dengan antara muka bagi pengguna yang tidak direka bentuk dengan baik, tidak perlu mentafsirkan istilah teknikal yang aneh. Disk Drill bagi Windows merupakan satu alat pemulihan data yang profesional yang digunakan harian. Ia memberikan hasil yang hebat dan mengelluarkan hampir semua perkara yang membuat pemulihan data tidak menyenangkan.

Memandangkan versi percuma boleh memulihkan sehingga sebanyak 500MB data, maka tiada sebab untuk tidak mencuba Disk Drill dan lihat apa yang ia boleh melakukan dan betapa mudahnya pemulihan data bagi hampir semua jenis fail popular dari apa-apa peranti storan.

Jangan hanya mempercayai kami!

  • Simon H.
    Baca tentang app anda dari ulasan pada laman web anda. Imbasan tersebut mengambil masa 40 minit. Saya boleh mengesahkan, ia berjaya memulihkan semua fail-fail saya selepas cakera saya diformat (tidak sengaja dilakukan oleh saya sendiri).
  • Mike W.
    Disk Drill mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pengguna: teknologi teras yang tidak boleh dipadam direka dengan baik dan mudah untuk digunakan, dan kami berbesar hati untuk mengesyorkan beberapa fungsi-fungsi tambahan yang benar-benar bermanfaat.
Disk Drill 2 bagi Windows
Perisian Handy Data Recovery
  • KEPERLUAN
    Windows XP+, ruang cakera 16MB
  • PURATA KEDUDUKAN PENGGUNA
    4.5 oleh 467 pengguna
  • KELUARAN TERBARU
    Versi 2.0.0.323, dikeluarkan pada 02/13/2018
    Papar nota pelepasan